Bantu Capai Berat Ideal.
Dalam Kajian Kesatuan Dietik Amerika, menunjukkan bahawa individu yang memilih bersarapa secara sihat juga akan mampu mengekalkan berat ideal berbanding mereka yang tidak konsisten waktu makannya. Memilih untuk bersarapan akan mengurangkan rasa lapar menjelang tengahari malah mampu menjadikan anda lebih bijak dalam memilih jenis makanan pada waktu makan yang berikutnya. Menurut kajian lain dari National Weight Control Registry, 80% dari mereka yang berjaya menurunkan berat badan di Amerika Syarikat adalah mereka yang bersarapan dan individu yang bersarapan juga akan lebih cenderung untuk memilih diet rendah lemak. Justeru pilihlah sarapa yang berkhasiat seperti roti bakar atau bijiran bersama sus. Anda juga boleh menikmati kuih-muih tetapi hadkan pengambilannya maksimum dua biji sahaja dan padankanalh bersama segelas air suam atau teh 'o' kurang gula.
Beri Keutamaan Kepada Protein Untuk Lebih Ramping!
Menurut kajian pada tahun 2007 oleh Pennington Biomedical Research Center, wanita yang menikmati dua biji telur separuh masak sebagai sarapan, tiga kali seminggu mampu mengurangkan 65% berat tubuh dan 83% darinya pula susut ukur lilit pinggang. Ini berbeza dengan mereka yang bersarapan roti 'Bagel'. Kandungan kolestrol dalam darah juga tidak menunjukkan sebarang peningkatan. Namun harus diingat, jangan pula anda masukkan kicap sebagai "perencah" tambahan didalamnya. Hanya nikmati dengan taburan lada hitam. Selain itu, kekalkan juga waktu makan berikutnya. Bagaimanapun, Menu sarapan ini tidak disarankan buat anda yang mempunyai masalah jantung,.
No comments:
Post a Comment